Pages

Monday, March 15, 2010

Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak 2010

Salam....

09 Februari 2010 (3.00 petang) satu pemeriksaan kesihatan kanak-kanak PAPN Chini telah dijalankan. Pemeriksaan ini telah tertangguh selama sebulan kerana  doktor Klinik Kesihatan Chini mempunyai urusan-urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Pemeriksaan telah dijalankan oleh Dr. Sham Su Lia dan beberapa orang jururawat Klinik Kesihatan Chini.



Sambutan Maulidur Rasul 2010

Salam...

Pada bulan 22 Februari 2010, PAPN Chini telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul. Ianya disambut awal sedikit kerana para pendidik sibuk mengatur program yang akan datang... Perarakan dijalankan pada pukul 9.30 pagi. kanak-kanak, ibubapa dan pendidik PAPN Chini berarak dari PAPN Chini hingga ke Dewan Besar Felda Chini Timur 03 yang terletak >< 500 meter dari PAPN Chini.

Pada sebelah malam pula, Majlis Tahlil dan Ceramah Maulidur Rasul telah diadakan bagi mengingati Rasul junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Ceramah bertajuk Sirah Rasulullah telah disampaikan oleh Ustaz Zuhaidi dari SMK Chini. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.








Tema Maulidur Rasul 2010                                                     Sebelum berarak








        Perarakan ke Dewan Besar Felda Chini Timur 03


Majlis Tahlil & Ceramah Maulidur Rasul