Pages

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Graduasi 2010

Salam....
Blog kali ni nak kongsi aktiviti akhir tahun yang wajib dilakukan di PAPN Chini dan seluruh PAPN... iaitu... Majlis Graduasi... Majlis Graduasi PAPN Chini kali ke-4 ini disambut dengan meriah pada 15 Disember 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Chini Timur 03. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Chini Timur 02 iaitu En Radi b. Che Che Ibrahim... Pelbagai persembahan diadakan oleh kanak-kanak dari setiap peringkat umur. Aktiviti akhir opada tahun ini dapat dijayakan dengan baik dan sempurna....

.................................................................................................









............................................

Thursday, December 2, 2010

Pantai Balok.. oh Pantai Balok..

Salam... Aktiviti pada bulan November PAPN Chini baru-baru ini ialah Family Day@ Pantai Balok. Aktiviti ini diadakan pada 13 November 2010, Sabtu di Pantai Balok, Kuantan. Warga PAPN Chini (Ibubapa, penjaga & pendidik) berkonvoi menaiki kereta masing-masing menuju ke Pantai Balok. Konvoi tiba di dinasti pada jam 9.30 pagi. Pelbagai acara dilakukan sepanjang berada di Pantai Balok. Acara bermula dengan acara kanak-kanak 2 - 4 tahun. Kemudian, diikuti dengan acara untuk ibubapa dan pendidik iaitu acara pertandingan bola baling Lelaki dan Perempuan dan 'Cak keting' Lelaki & Perempuan. Acara berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zohor. Setelah selesai menjamu selera dan solat zohor, acara disambung semula dengan pertandingan sambung straw lelaki & perempuan, kemudian acara tarik tali lelaki & perempuan dan akhir sekali, acara bina Istana Pasir untuk acara keluarga. Aktiviti Family Day ini disambut dengan suasana yang agak meriah. 

Special thanks kepada ibubapa dan penjaga yang bertukus lumus menjayakan program ini terutama yang membakar BBQ.. (sedap BBQ ari tu...;-p). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dengan izin Tuhan, segalanya berjalan dengan baik dan lancar.(Syukur, hujan x turun semasa aktiviti berlangsung.... lepas habis acara (sehingga acara penyampaian hadiah) baru lah hujan turun...)
...................................................................
..........................

Aktiviti-aktiviti sepanjang Family Day@Pantai Balok










































Yeay... Raya!!!!!

Salam...


Selamat Hari Raya... walaupun raya puasa dah lama habis, tapi umat Islam di seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa minggu yang lepas... Musim Haji pun tak habis lagi... So, masih tak terlambat untuk PAPN Chini mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja berada.


Blog kali ni bukan la nak cerita tentang raya haji. Kali ni nak share cerita-cerita dan gambar-gambar semasa Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini yang diadakan pada bulan Syawal tak lama dulu.. Almaklumla, baru sekarang ada masa nak kongsi cerita...


Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010 diadakan pada hari Sabtu, 02 Oktober 2010
(3.00 - 5.00 petang). Gotong-royong menyediakan juadah Majlis Rumah Terbuka diadakan sejak hari Jumaat, 01 Oktober 2010. Pada hari Jumaat tersebut, gotong-royong bermula pada sebelah pagi dengan membuat kerja-kerja menganyam ketupat, rebus ketupat, membakar lemang pada sebelah petang dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi minyak dan rendang.


Pada hari Sabtu pagi, sebelum majlis bermula, gotong-royong memasak dan penyediaan tempat dilakukan bersama-sama antara ibubapa, penjaga dan pendidik. Majlis bermula pada sebelah petang iaitu dari jam 3.00 petang - 5.00 petang.  Seawal 2.00 petang, hadirin telah datang memeriahkan majlis ini. Walaupun hujan lebat,  majlis dapat berjalan dengan lancar. Thanks to En. Shaari, kerana telah membantu menyediakan PA Sistem untuk Majlis Rumah Terbuka ini. Warga staff PAPN Chini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang membantu menjaya dan memeriahkan majlis ini...


Adios...;-)

..................................................................................................
...................................

Sekitar suasana gotong-royong..





  






Ketika Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010 berlangsung. 









Para pendidik dan PPM bergambar kenangan di Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010.