Pages

Thursday, December 2, 2010

Pantai Balok.. oh Pantai Balok..

Salam... Aktiviti pada bulan November PAPN Chini baru-baru ini ialah Family Day@ Pantai Balok. Aktiviti ini diadakan pada 13 November 2010, Sabtu di Pantai Balok, Kuantan. Warga PAPN Chini (Ibubapa, penjaga & pendidik) berkonvoi menaiki kereta masing-masing menuju ke Pantai Balok. Konvoi tiba di dinasti pada jam 9.30 pagi. Pelbagai acara dilakukan sepanjang berada di Pantai Balok. Acara bermula dengan acara kanak-kanak 2 - 4 tahun. Kemudian, diikuti dengan acara untuk ibubapa dan pendidik iaitu acara pertandingan bola baling Lelaki dan Perempuan dan 'Cak keting' Lelaki & Perempuan. Acara berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zohor. Setelah selesai menjamu selera dan solat zohor, acara disambung semula dengan pertandingan sambung straw lelaki & perempuan, kemudian acara tarik tali lelaki & perempuan dan akhir sekali, acara bina Istana Pasir untuk acara keluarga. Aktiviti Family Day ini disambut dengan suasana yang agak meriah. 

Special thanks kepada ibubapa dan penjaga yang bertukus lumus menjayakan program ini terutama yang membakar BBQ.. (sedap BBQ ari tu...;-p). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dengan izin Tuhan, segalanya berjalan dengan baik dan lancar.(Syukur, hujan x turun semasa aktiviti berlangsung.... lepas habis acara (sehingga acara penyampaian hadiah) baru lah hujan turun...)
...................................................................
..........................

Aktiviti-aktiviti sepanjang Family Day@Pantai Balok










































No comments:

Post a Comment