Pages

Thursday, December 2, 2010

Sedapnya, Bubur Lambuk!!!

Salam...

Eeemmm... sedapnya bubur lambuk! Rasa nak makan lagi... Pada bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada 01 September 2010 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1431H, PAPN Chini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan ibubapa,penjaga, pendidik, staff dan anak-anak PAPN Chini. Menu utama majlis berbuka puasa ialah bubur lambuk. Gotong-royong menyedia dan measak bubur lambuk telah dijalankan pada pagi sehingga petang hari sebelum majlis berbuka puasa bermula. Selain sebagai juadah untuk berbuka puasa, bubur lambuk ini disedekahkan ke masjid-masjid dan surau-surau berdekatan. Majlis dijalankan secara sederhana sahaja. Selepas Solat Maghrib berjemaah, para hadirin yang hadir menjamu juadah berbuka puasa... (sebelum solat para hadirin berbuka puasa dengan kurma dan air suam...). Majlis selesai pada jam 8.30 malam dan kemudian, hadirin masing-masing bersipa-siap untuk menunaikan solat Isyak dan Sunat Terawih di Masjid.


Gambar-Gambar Sekitar Gotong-Royong dan Majlis Berbuka Puasa.
.....................................................................................................................................
.........................................





Kaum Ibu sibuk membungkus bubur lambuk.




Menjamu selera...;-)


Solat Maghrib Berjamaah.

No comments:

Post a Comment