Pages

Thursday, December 2, 2010

Yeay... Raya!!!!!

Salam...


Selamat Hari Raya... walaupun raya puasa dah lama habis, tapi umat Islam di seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa minggu yang lepas... Musim Haji pun tak habis lagi... So, masih tak terlambat untuk PAPN Chini mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja berada.


Blog kali ni bukan la nak cerita tentang raya haji. Kali ni nak share cerita-cerita dan gambar-gambar semasa Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini yang diadakan pada bulan Syawal tak lama dulu.. Almaklumla, baru sekarang ada masa nak kongsi cerita...


Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010 diadakan pada hari Sabtu, 02 Oktober 2010
(3.00 - 5.00 petang). Gotong-royong menyediakan juadah Majlis Rumah Terbuka diadakan sejak hari Jumaat, 01 Oktober 2010. Pada hari Jumaat tersebut, gotong-royong bermula pada sebelah pagi dengan membuat kerja-kerja menganyam ketupat, rebus ketupat, membakar lemang pada sebelah petang dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi minyak dan rendang.


Pada hari Sabtu pagi, sebelum majlis bermula, gotong-royong memasak dan penyediaan tempat dilakukan bersama-sama antara ibubapa, penjaga dan pendidik. Majlis bermula pada sebelah petang iaitu dari jam 3.00 petang - 5.00 petang.  Seawal 2.00 petang, hadirin telah datang memeriahkan majlis ini. Walaupun hujan lebat,  majlis dapat berjalan dengan lancar. Thanks to En. Shaari, kerana telah membantu menyediakan PA Sistem untuk Majlis Rumah Terbuka ini. Warga staff PAPN Chini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang membantu menjaya dan memeriahkan majlis ini...


Adios...;-)

..................................................................................................
...................................

Sekitar suasana gotong-royong..





  






Ketika Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010 berlangsung. 









Para pendidik dan PPM bergambar kenangan di Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010.

No comments:

Post a Comment