Pages

Friday, February 4, 2011

Selamat Tinggal....

Salam,
Majlis Perpisahan telah diadakan bg meraikan pemergian dua lagi pendidik Papn Chini yang meneruskan perjuangan untuk mendidik anak bangsa walaupn dimana mereka bertugas diharapkan mereka akan sentiasa ingat kenangan di Chini....Di harapkan teacher Munira dan Teacher Yus tak lupa kami disini.... untuk pengatahuan Teacher Munira akan bertugas di Permata Subang dan Teacher Yus akan bertugas di Permata Simpang Pelangai Bentong....


Buah pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walau jauh di negeri satu
hilang dimata,di hati jangan...



















Bintang barat terbitan petang
Bintang timur terbitan pagi
Jika tidak melawat panjang
Ada umur ketemu lagi......


Kalau ada sumur di ladang
bolehlah saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
bolehlah kita berjumpa lagi..





Majlis Sambutan hari lahir untuk Aliff,Afwan Murfiqah,Nurul Husna dan juga Teacher Siti Ajar....








kenangan bersama......
Semoga Teacher Munira dan Teacher Yus akan teruskan perjuangan mendidik walaupun dimana berada
akhir kata....
Dari mana hendak kemana?
tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Hujan turun badan pun basah
batang galah haluan perahu
niata dihati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapa yang tahu..

Pemeriksaan Kesihatan 2011

Salam,
Pemeriksaan Kesihatan kanak-kanak telah diadakan pada 28 Januari 2011 bagi menjamin kesihatan anak2 di Permata..pemeriksaan dilakukan oleh Dr Sham Su Lia,Pegawai Perubatan & Kesihatan Klinik Kesihatan Chini,dibantu oleh nurse yang hadir pada hari tersebut..macam-macam anak2 ketika pemeriksaan dilakukan...











kuku irfan tercabut terlanggar mainan nasib baik doktor ada...irfan kuat x nangis pun



jangan nangis najwa.....



Alhamdulillah semua selesai dengan baik terima kasih Doktor sudi luang kan masa untuk anak-anak permata disini...

AGM PIBP 2011

Salam.
AGM PIBP 2011 telah diadakan pada 13 Januari 2011,diadakan di Papn Chini pada pukul 5ptg,mesyuarat diadakan bagi perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Baru bagi mengantikan jawatan yang sudah tiada...mesyuarat berlansung dengan sokongan ibubapa yang hadir bagi mengundi calon mereka...hasil dari perbincangan dan percalonan yang disokong oleh Ahli PIBP ,inilah senarai nama yang telah dicalonkan untuk memikul tanggujawab bagi menjayakan aktiviti Permata Chini...

Pengerusi               : En Ahmad Shafarin
N.pengerusi           : Pn Rozie Hartini
Setiausaha             : Pn Sharifah Norasikin
Bendahari              : Pn Nur Sabarini
Pemeriksa kira2     : En Raidy
                               Teacher Siti Ajar

Ajk bilik 2 tahun     : Pn Rosiah
                              : En Suhaizat
Ajk bilik 3 tahun     : Pn Minah
                              : En Roslan
Ajk bilik 4 tahun     : Pn Zabidah
                              : En Jamaludin

Jom kita lihat sepanjang AGM diadakan...










Orentasi..

Orentasi oh orentasi...
salam,
Dah dekat 2 bulan kanak-kanak baru mendaftar disini,alhamdulillah kanak-kanak mengikut rutin harian di Permata Chini dengan baik walaupun masih lagi sedih bila ditinggalkan...jom kita tengok gambar awal mereka waktu orentasi...selamat berkenalan semua...






Umi Najihah......sekarang dah ok....

Ape yer yang umi nak.....Baby...

amboi jalan x pandang ...

Nasihat C.Syikin untuk kanak-kanak 4 tahun

Umar...naper tue...

T.Ira dan anak-anak 3 tahun..

Amanina naper buat muka tue...

Najwa... suka senyum...

Ape yang Najwa tengah buat tue...

Cak....

Pendaftaran Kanak-kanak Permata 2011

SELAMAT DATANG.....
Salam,
Selamat menyambut tahun baru...kepada semua,rasanya belum terlewat untuk wish tahun baru...sedikit info mengenai perndaftran kanak-kanak baru di Permata Chini pada bulan Januari..Pendaftran kanak-kanak telah diadakan pada 3 Januari 2011,pada hari isnin,pada pukul 9.00 pg, 3 kaunter dibuka mengikut umur untuk keselesaan ....sepanjang pendaftran ibubapa diberikan maklumat mengenai permata dan berjumpa dengan pendidik yang menjaga anak2 mereka.