Pages

Monday, November 1, 2010

Ulangtahun PAPN Chini 2010 (3 tahun dah..)

Salam... blog kali ini nak sambung aktiviti-aktiviti yang masih belum diupdate dalam blog ni. pada 16 Julai 2010, PAPN Chini telah mengadakan Ulangtahun PAPN yang ketiga. Ulangtahun diraikan dengan mengadakan sukaneka pada sebelah pagi dan majlis Rasmi diadakan pada sebelah petang. Sukaneka bermula pada jam 8.30 pagi - 11.30 pagi. Pelbagai acara telah diadakan seperti acara Musang Berjanggut, Anyam ketupat, Tarik upih, Lumba Kaki Gajah, Boling Padang dan sebagainya. Ibubapa dan pendidik telah memeriahkan acara-acara yang telah diadakan. Terdapat juga acara untuk kanak-kanak mengikut umur yang telah ditetapkan. Acara kana-kanak 2 tahun ialah, masuk air dalam botol. bagi kanak-kanak, permainan rebut kerusi. Dan bagi kanak-kanak 4 tahun pula, acara, bawa bola atas sudu.  Sukaneka dilakukan dalam suasana yang cukup meriah. Acara dihentikan pada jam 11.30 pagi bagi memberi peluang kepada kaum bapa bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat.

Majlis perasmian ulangtahun PAPN Chini bermula jam 2.30 petang. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah En. Radi selaku Guru Besar SK Chini Timur 02 dan En. Zaidin selaku Pengurus Felda Chini Timur 03. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Chini Timur 02 iaitu En Radi b. Che Ibrahim. Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan persembahan Nasyid daripada Kaum Ibu PAPN Chini. tidak dilupakan, pendidik juga membuat persembahan Nyanyian "Enjit-Enjit Semut" beserta kompang. kanak-kanak 4 tahun juga membuat persembahan tarian "Itik Gembo-Gembo". Selepas semua acara diadakan, acara pemotongan kek Ulangtahun telah diadakan. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang...

Semoga Majlis Ulangtahun PAPN Chini ini akan dapat disambut dengan lebih meriah lagi pada tahun-tahun akan datang. ~Peace No War~ =)

Pendaftaran

Anyam ketupat

Acara Musang Berjanggut

Acara Kanak-kanak









Acara Ibubapa dan Pendidik








Perasmian oleh En. Radi, Guru Besar SK Chini Timur 02

Persembahan nasyid daripada kaum ibu PAPN Chini.

Persembahan Pendidik
Persembahan Kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment