Pages

Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..Sempena Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.




Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.



Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.



Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.



Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Pusat Pemulihan Komuniti  PDK Chini Timur menjemput PAPN Chini untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut.kami  bersama-sama berarak dari perkarangan PDK sehingga ke dewan orang ramai.... kanak-kanak juga turut memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul..Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 16 Febuari 2011, tetamu terhormat turut hadir bagi memeriahkan perarakan. Antara aktiviti yang diadakan semasa sambutan ini ialah seperti perarakan sambil berselawat,pertandingan sepanduk antara PDK,PAPN CHINI,GPW,dan JKKR..





sebelum perarakan




kanak-kanak 4 tahun dengan sepanduknya..













gelagat kanak-kanak ketika pembarisan

sepanduk yg menang.


hadiah johan..

No comments:

Post a Comment