Pages

Thursday, December 2, 2010

Sedapnya, Bubur Lambuk!!!

Salam...

Eeemmm... sedapnya bubur lambuk! Rasa nak makan lagi... Pada bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada 01 September 2010 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1431H, PAPN Chini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan ibubapa,penjaga, pendidik, staff dan anak-anak PAPN Chini. Menu utama majlis berbuka puasa ialah bubur lambuk. Gotong-royong menyedia dan measak bubur lambuk telah dijalankan pada pagi sehingga petang hari sebelum majlis berbuka puasa bermula. Selain sebagai juadah untuk berbuka puasa, bubur lambuk ini disedekahkan ke masjid-masjid dan surau-surau berdekatan. Majlis dijalankan secara sederhana sahaja. Selepas Solat Maghrib berjemaah, para hadirin yang hadir menjamu juadah berbuka puasa... (sebelum solat para hadirin berbuka puasa dengan kurma dan air suam...). Majlis selesai pada jam 8.30 malam dan kemudian, hadirin masing-masing bersipa-siap untuk menunaikan solat Isyak dan Sunat Terawih di Masjid.


Gambar-Gambar Sekitar Gotong-Royong dan Majlis Berbuka Puasa.
.....................................................................................................................................
.........................................





Kaum Ibu sibuk membungkus bubur lambuk.




Menjamu selera...;-)


Solat Maghrib Berjamaah.

Wednesday, December 1, 2010

Gambang Waterpark..~:-)

Salam...

Blog kali ni nak share aktiviti PAPN Chini ke Gambang Waterpark. Aktiviti ni diadakan pada 05 Ogos 2010 yang lepas. Permainan air yang disediakan amat menyoronokkan. Di Gambang Waterpark, terdapat kawasan permainan air untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pendidik, ibubapa, penjaga dan anak-anak PAPN Chini seronok sangat dapat bermain di Gambang Waterpark..... BEST & Tip Top..... Adios..;-)

Gambar-gambar sepanjang di Gambang Waterpark.
............................................................................................................................................
.......................................



Pendaftaran Sebelum bertolak ke Gambang Waterpark.
 
On the way ke Gambang Waterpark.... journey by bus..;-)

Just Arrived..;-)



 (kawasan bermain air untuk kanak-kanak) 

Kanak-kanak seronok bermain air...







Para Pendidik seronok bermain air..(masing-masing x ingat dunia dah...;-p)

Bergambar kenangan sebelum balik..


Singgah di Mini Zoo, Kuantan. (alang-alang berjalan tu, teruskan je la...)

Monday, November 1, 2010

Ulangtahun PAPN Chini 2010 (3 tahun dah..)

Salam... blog kali ini nak sambung aktiviti-aktiviti yang masih belum diupdate dalam blog ni. pada 16 Julai 2010, PAPN Chini telah mengadakan Ulangtahun PAPN yang ketiga. Ulangtahun diraikan dengan mengadakan sukaneka pada sebelah pagi dan majlis Rasmi diadakan pada sebelah petang. Sukaneka bermula pada jam 8.30 pagi - 11.30 pagi. Pelbagai acara telah diadakan seperti acara Musang Berjanggut, Anyam ketupat, Tarik upih, Lumba Kaki Gajah, Boling Padang dan sebagainya. Ibubapa dan pendidik telah memeriahkan acara-acara yang telah diadakan. Terdapat juga acara untuk kanak-kanak mengikut umur yang telah ditetapkan. Acara kana-kanak 2 tahun ialah, masuk air dalam botol. bagi kanak-kanak, permainan rebut kerusi. Dan bagi kanak-kanak 4 tahun pula, acara, bawa bola atas sudu.  Sukaneka dilakukan dalam suasana yang cukup meriah. Acara dihentikan pada jam 11.30 pagi bagi memberi peluang kepada kaum bapa bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat.

Majlis perasmian ulangtahun PAPN Chini bermula jam 2.30 petang. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah En. Radi selaku Guru Besar SK Chini Timur 02 dan En. Zaidin selaku Pengurus Felda Chini Timur 03. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SK Chini Timur 02 iaitu En Radi b. Che Ibrahim. Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan persembahan Nasyid daripada Kaum Ibu PAPN Chini. tidak dilupakan, pendidik juga membuat persembahan Nyanyian "Enjit-Enjit Semut" beserta kompang. kanak-kanak 4 tahun juga membuat persembahan tarian "Itik Gembo-Gembo". Selepas semua acara diadakan, acara pemotongan kek Ulangtahun telah diadakan. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang...

Semoga Majlis Ulangtahun PAPN Chini ini akan dapat disambut dengan lebih meriah lagi pada tahun-tahun akan datang. ~Peace No War~ =)

Pendaftaran

Anyam ketupat

Acara Musang Berjanggut

Acara Kanak-kanak









Acara Ibubapa dan Pendidik








Perasmian oleh En. Radi, Guru Besar SK Chini Timur 02

Persembahan nasyid daripada kaum ibu PAPN Chini.

Persembahan Pendidik
Persembahan Kanak-kanak.

Sunday, August 15, 2010

Pemeriksaan Gigi July 2010

Salam...

Kali nak cerita pasal pemeriksaan gigi pula... pemeriksaan gigi kanak-kanak ni beberapa tertangguh di atas kesibukan para petugas klinik gigi Chini. Sepatutnya diadakan pada Jun 2010. Tapi akhirnya, pada 02 Julai 2010, dapat jugak kami merealisasikan program ini bersama-sama dengan pasukan Klinik Gigi Felda Chini. Program dimulakan dengan taklimat daripada Doktor gigi iaitu Dr. Azizah... Kemudian diteruskan pula dengan pemeriksaan gigi stiap kanak-kanak mengikut umur dan akhir sekali, kanak-kanak diajar cara-cara menggosok gigi yang betul oleh para pasukan klinik gigi iaitu jururawat2 gigi masing-masing.

Dr bg taklimat...


mendengar taklimat...


check gigi...


jom gosok gigi anak-anak...



Sambutan Hari Bapa..

Salam...

Bertemu lagi kita kali ini... So, kali ni PAPN Chini nak story tentang aktiviti bulan Jun 2010 iaitu Sambutan Hari Bapa..

Sambutan disambut secara ringkas je tapi meriah dari tahun2 lepas... pada kali ini hari bapa disambut pada 23 Jun 2010. walaupun hujan, tapi ramai kaum bapa yang hadir bagimemeriahkan majlis ini. Antara acara2 permainan yang di diadakan pada hari tu ialah Acara Cok2 Kendong, pertandingan gubah pakaian drpd tumbuh-tumbuhan dan explorace... satu lagi acara tambahan iaitu Acara makan buah...

Cok2 Kendong tu acara lumba lari sambil dokong anak... acara ni terpakasa dilakukan di dalam bangunan PAPN Chini sebab masa ni hujan lebat. Tapi tak pe... meriah gitu... Acara explorace dilakukan kat luar. Masa ni hujan dah berhenti... walauapapun, sambutan ni berjalan dengan lancar...peace..;-)

persiapan acara cok-cok kendong


acara gubahan baju daripada tumbuh-tumbuhan


sebelum explorace bermula...


checkpoint 1 explorace


acara khas... makan buah..