Pages

Thursday, June 17, 2010

Latihan Kebakaran PAPN Chini 2010.

Salam...
Setiap bulan PAPN Chini akan sentiasa mengadakan program. pada bulan April PAPN Chini telah mengadakan Program Latihan Kebakaran untuk semua warga pekerja dan kanak-kanak PAPN Chini. ibu bapa juga dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program selain dapat mengetahui cara-cara menggunakan ABC Powder (Alat Pemadam Api). program ini dijalankan pada 14 April 2010 pada jam 9.00 pagi. Pihak PAPN Chini telah menjemput Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Daerah Pekan. Pengarah program untuk Program latihan kebakan ini adalah Cikgu Mansuriyati.


Ramai juga ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang hadir ke program ini termasuk juga pelajar-pelajar PDK. Dalam program ini, pegawai Bomba Pekan iaitu Encik Zulkifli telah memberi sedikit ceramah tentang cara-cara penggunaan alat pemadam api. Selepas sesi ceramah, demontrasi menggunakan alat pemadam api juga telah dijalankan. Pihak bomba memberi peluang kepada pendidik-pendidik dan pekerja-pekerja PAPN Chini untuk mencuba menggunakan alat pemadam api tersebut.


Setelah demontrasi menggunakan alat pemadam api, kanak-kanak diberi peluang untuk menaiki kereta bomba. walaupun kereta bomba tidak bergerak, kanak-kanak sangat seronok dan meneroka peralatan-perlatan yang terdapat di luar dan di dalam kereta bomba...

Kereta bomba


kanak-kanak 4 tahun bersama pegawai bomba, pendidik dan ibu yang hadir

kanak-kanak 3 tahun bersama pegawai bomba, pendidik dan ibu yang hadir.


kanak-kanak 2 tahun bersama pegawai bomba, pendidik dan ibubapay yang hadir.


En. Zulkifli memberi penerangan cara-cara menggunakan ABC Powder

demonstrasi daripada pegawai bomba..

kanak-kanak berpeluang duduk dalam kereta bomba..

No comments:

Post a Comment