Pages

Thursday, June 17, 2010

Program BUMI HIJAU

Salam...


Dah lama tidak menjengah blog ni. bermakna, dah lama juga la x men `update' blog ni. So, untuk aktiviti dari bulan Mac - Mei tidak dimasukkan ke dal;am blog ni. Pada bulan Mac yang lalu iaitu pada 20/03/2010, Progarm Bumi Hijau telah diadakan bertujuan untuk menyokong program Bumi Hijau yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian. di samping itu, program ini adalah untuk memperbanyakkan lagi sayur-sayuran yang terdapat di PAPN Chini....


Program Bumi Hijau ni juga adalah kerjasama dengan pihak Pejabat Pertanian Pekan dan ibubapa datang hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran pada 19/03/2010.Pejabat Pertanian Pekan telah menyumbangkan 5 anak pokok cili dan 35 kit pertanian kepada ibubapa yang hadir. Di dalam kit tersebut terdapat bebarapa perlatan berkebun, biji benih sayuran, baja untuk sayur-sayuran serta 500g tanah organik. Demontrasi menanam pokok cili juga ditujukkan oleh salah seorang pegawai daripada Pejabat Pertanian. Pada 20/03/2010, para pendidik dan ibubapa menjalankan kerja-kerja menanam sayur-sayuran bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. walaupun hujan renyai-renyai pada pagi tersebut, tapi, program menanam benih sayuran tetap diteruskan...;-)

 Cikgu suria selaku Pengarah program memberi kata-kata aluan.



 Pegawai daripada Pejabar Pertanian Pekan memberikan sepatah dua kata

Ibubapa yang hadir di majlis perasmian...

Demontrasi menanam pokok cili..
Sumbangan pokok cili kepada PAPN Chini.
 kerja-kerja menanam sayur


No comments:

Post a Comment