Pages

Friday, June 18, 2010

Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru PAPN Chini 2010...

Salam...


Blog PAPN Chini pada kali ini akan berkongsi cerita program Sambutan Hari Ibu dan Sambutan Hari Guru. Kedua-dua sambutan ini disambut serentak pada hari dan tarikh yang sama. ianya disambut pada 21 Mei 2010. Sambutan Hari Ibu disambut pada sesi pagi dengan memulakan aktiviti senaman aerobik selama setengah jam iaitu dari jam 8.30 pagi - 9.00 pagi. Selepas senaman aerobik, kanak-kanak dan kaum ibu bersarapan pagi. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan mengadakan pertandingan membuat sandwish dan memasak makanan sihat. 


Pertandingan membuat sandwish adalah pertandingan kerjasama antara ibu dan anak dalam menyediakan sandwish. Untuk pertandingan memasak makanan sihat, ianya terbahagi kepada 3 kategori menu, iaitu Salad, masakan stim, masakan bersup. Ketiga-tiga menu ini dimasak di rumah masing-masing, cuma dihidangkan dan dihias di PAPN sahaja. Seterusnya, apabila kedua-dua aktiviti ini selesai, pertandingan mumia terus dijalankan. Dalam pertandingan ini, anak perlu menyapu tepung ke seluruh muka dan tubuh ibu masing-masing sehingga kelihatan seperti mumia. Sambutan Hari Ibu pada pagi hari tersebut sangat meriah.


Di sebelah petangnya pula iaitu bermula jam 2.30 petang, PAPN Chini menyambut Hari Guru untuk pendidik2 PAPN Chini. Dua pertandingan permainan diadakan untuk pendidik2 PAPN Chini iaitu pertandingan pancing botol dan pertandingan makan buah. Selepas 2 permainan ini selesai, majlis diteruskan dengan persembahan daripada kanak-kanak 4 tahun, Pendidik2 praktikal dan juga pendidik2 PAPN Chini. Kemudian, upacara memotong kek sempena hari ibu dan hari guru dilakukan oleh Ketua Pendidik PAPN Chini (Cik Munira bt Mohd Lazim) dan Naib Pengerusi PIBP PAPN Chini (Pn. Che Husnida 'Ayu bt Hussin). Acara akhir adalah penyampaian hadiah kepada pemenang2 pertandingan2 yang dijalankan pada sambutan hari ibu dan hari guru. Majlis diakhiri dengan jamuan makan petang. 


Walaupun sambutan ini disambut secara kecil, tetapi ianya cukup meriah... 


Sekian...


senam aerobik..


pertandingan membuat sandwish bersama anak


pertandingan mumia


menu makanan sihat


pertandingan pancing botol


pertandingan makan buah 


Kanak-kanak bersama ibu dan pendidik 


No comments:

Post a Comment