Pages

Thursday, December 2, 2010

Pantai Balok.. oh Pantai Balok..

Salam... Aktiviti pada bulan November PAPN Chini baru-baru ini ialah Family Day@ Pantai Balok. Aktiviti ini diadakan pada 13 November 2010, Sabtu di Pantai Balok, Kuantan. Warga PAPN Chini (Ibubapa, penjaga & pendidik) berkonvoi menaiki kereta masing-masing menuju ke Pantai Balok. Konvoi tiba di dinasti pada jam 9.30 pagi. Pelbagai acara dilakukan sepanjang berada di Pantai Balok. Acara bermula dengan acara kanak-kanak 2 - 4 tahun. Kemudian, diikuti dengan acara untuk ibubapa dan pendidik iaitu acara pertandingan bola baling Lelaki dan Perempuan dan 'Cak keting' Lelaki & Perempuan. Acara berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zohor. Setelah selesai menjamu selera dan solat zohor, acara disambung semula dengan pertandingan sambung straw lelaki & perempuan, kemudian acara tarik tali lelaki & perempuan dan akhir sekali, acara bina Istana Pasir untuk acara keluarga. Aktiviti Family Day ini disambut dengan suasana yang agak meriah. 

Special thanks kepada ibubapa dan penjaga yang bertukus lumus menjayakan program ini terutama yang membakar BBQ.. (sedap BBQ ari tu...;-p). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dengan izin Tuhan, segalanya berjalan dengan baik dan lancar.(Syukur, hujan x turun semasa aktiviti berlangsung.... lepas habis acara (sehingga acara penyampaian hadiah) baru lah hujan turun...)
...................................................................
..........................

Aktiviti-aktiviti sepanjang Family Day@Pantai Balok










































Yeay... Raya!!!!!

Salam...


Selamat Hari Raya... walaupun raya puasa dah lama habis, tapi umat Islam di seluruh dunia baru sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa minggu yang lepas... Musim Haji pun tak habis lagi... So, masih tak terlambat untuk PAPN Chini mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja berada.


Blog kali ni bukan la nak cerita tentang raya haji. Kali ni nak share cerita-cerita dan gambar-gambar semasa Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini yang diadakan pada bulan Syawal tak lama dulu.. Almaklumla, baru sekarang ada masa nak kongsi cerita...


Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010 diadakan pada hari Sabtu, 02 Oktober 2010
(3.00 - 5.00 petang). Gotong-royong menyediakan juadah Majlis Rumah Terbuka diadakan sejak hari Jumaat, 01 Oktober 2010. Pada hari Jumaat tersebut, gotong-royong bermula pada sebelah pagi dengan membuat kerja-kerja menganyam ketupat, rebus ketupat, membakar lemang pada sebelah petang dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi minyak dan rendang.


Pada hari Sabtu pagi, sebelum majlis bermula, gotong-royong memasak dan penyediaan tempat dilakukan bersama-sama antara ibubapa, penjaga dan pendidik. Majlis bermula pada sebelah petang iaitu dari jam 3.00 petang - 5.00 petang.  Seawal 2.00 petang, hadirin telah datang memeriahkan majlis ini. Walaupun hujan lebat,  majlis dapat berjalan dengan lancar. Thanks to En. Shaari, kerana telah membantu menyediakan PA Sistem untuk Majlis Rumah Terbuka ini. Warga staff PAPN Chini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang membantu menjaya dan memeriahkan majlis ini...


Adios...;-)

..................................................................................................
...................................

Sekitar suasana gotong-royong..





  






Ketika Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010 berlangsung. 









Para pendidik dan PPM bergambar kenangan di Majlis Rumah Terbuka PAPN Chini 2010.

Sedapnya, Bubur Lambuk!!!

Salam...

Eeemmm... sedapnya bubur lambuk! Rasa nak makan lagi... Pada bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada 01 September 2010 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1431H, PAPN Chini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan ibubapa,penjaga, pendidik, staff dan anak-anak PAPN Chini. Menu utama majlis berbuka puasa ialah bubur lambuk. Gotong-royong menyedia dan measak bubur lambuk telah dijalankan pada pagi sehingga petang hari sebelum majlis berbuka puasa bermula. Selain sebagai juadah untuk berbuka puasa, bubur lambuk ini disedekahkan ke masjid-masjid dan surau-surau berdekatan. Majlis dijalankan secara sederhana sahaja. Selepas Solat Maghrib berjemaah, para hadirin yang hadir menjamu juadah berbuka puasa... (sebelum solat para hadirin berbuka puasa dengan kurma dan air suam...). Majlis selesai pada jam 8.30 malam dan kemudian, hadirin masing-masing bersipa-siap untuk menunaikan solat Isyak dan Sunat Terawih di Masjid.


Gambar-Gambar Sekitar Gotong-Royong dan Majlis Berbuka Puasa.
.....................................................................................................................................
.........................................





Kaum Ibu sibuk membungkus bubur lambuk.




Menjamu selera...;-)


Solat Maghrib Berjamaah.

Wednesday, December 1, 2010

Gambang Waterpark..~:-)

Salam...

Blog kali ni nak share aktiviti PAPN Chini ke Gambang Waterpark. Aktiviti ni diadakan pada 05 Ogos 2010 yang lepas. Permainan air yang disediakan amat menyoronokkan. Di Gambang Waterpark, terdapat kawasan permainan air untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pendidik, ibubapa, penjaga dan anak-anak PAPN Chini seronok sangat dapat bermain di Gambang Waterpark..... BEST & Tip Top..... Adios..;-)

Gambar-gambar sepanjang di Gambang Waterpark.
............................................................................................................................................
.......................................



Pendaftaran Sebelum bertolak ke Gambang Waterpark.
 
On the way ke Gambang Waterpark.... journey by bus..;-)

Just Arrived..;-)



 (kawasan bermain air untuk kanak-kanak) 

Kanak-kanak seronok bermain air...







Para Pendidik seronok bermain air..(masing-masing x ingat dunia dah...;-p)

Bergambar kenangan sebelum balik..


Singgah di Mini Zoo, Kuantan. (alang-alang berjalan tu, teruskan je la...)